Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) semalam mengesahkan bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parti itu berkuat kuasa pertengahan bulan lalu.
Presidennya, Zakaria Salleh, berkata Zaid sudah menyerahkan borang keahlian AKIM selepas beliau keluar daripada PKR pada 19 November lalu.Malah, bagi mengukuhkan parti itu, Zakaria bersedia memberi laluan pada Zaid untuk bertanding jawatan Presiden, jika bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu dan ahli bersetuju.“Saya percaya kemasukan Zaid dalam AKIM akan diikuti ahli PKR yang tidak berpuashati dengan kepemimpinan parti itu.
“Saya melihat ahli dalam PKR adalah orang yang bersimpati dengan Anwar, manakala penasihat parti itu pula perjuangannya bukan untuk rakyat tapi hanya mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. AKIM akan mengadakan mesyuarat agung tahunan khas di Petaling Jaya, Rabu ini, yang difahamkan bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, termasuk membabitkan nama parti, struktur organisasi serta cara pemilihan pemimpin parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan